Isnin, 14 Disember 2009

Fokus

Saya teringat akan suatu produk baru yang diterbit oleh Positive Mental Attitude. Tajuk nya Fokus - Kearah matlamat anda.

Ebook ini setebal 14 muka surat dalam format pdf. Antara kandungannya yang menarik perhatian saya ialah 'mengapa anda mesti fokus dan apa kesannya jika anda tidak mengambil berat tentang fokus. Ebook ini mengunakan bahasa yang mudah dan simple saja. Senang untuk anda fahami.

Photobucket">

Turut diterangkan bagaimana untuk menjadi fokus . Ini bahagian yang paling best bagi saya. Kebiasaannya , banyak orang atau blog bercerita pasal fokus tetapi tidak menerangkan dengan jelas bagaimana untuk fokus. Antara kata-kata yang terdapat dalam ebook tersebut :

Success comes from focusing on doing one thing right , rather than doing many things poorly. Stay focused and be successful at whatever you do.

Anda juga diberi ebook percuma '5 Nota Motivasi Kejayaan bersama pembelian ebook ini. Dapatkan jika anda berminat mengubah diri. Saya sendiri pun berharap akan stay fokus pada blog ini.

Bicara 50 Tokoh Islam

Okay ! Kali ini saya nak mengulas sebuah ebook yang saya baca . Temanya lain daripada biasa. Ebook 'Kata-kata 50 Tokoh Berpengaruh dan cerita disebaliknya' mempunyai 140 muka surat. Penulisnya Dzul Khairi Mohd Noor , saya tidak kenal siapa beliau sehinggalah saya habis membaca ebook ini.

Ebook ini mengandungi banyak kata-kata yang boleh dijadikan motivasi jika anda berfikir. Memaparkan kata-kata 50 tokoh pemimpin dan ilmuan Islam. Turut dimasukkan adalah peristiwa disebalik luahan kata-kata tersebut. Penulisan ebook ini dibuat setelah kajian dijalankan oleh penulis. Antara kata-kata tokoh yang dipaparkan ialah Khalifah Umar al Khattab, Khalid al Walid, Abdullah al Zubair, Saad Abi Waqqas dan ramai lagi.

Penulis juga menyelitkanbeberapa pengajaran daripada peristiwa dan kata-kata tokoh tersebut. Bagi saya , ebook ini perlu dibaca oleh semua umat Islam Malaysia demi untuk menyedarkan kita tentang perjuangan dan kepayahan yang dialami pemimpin Islam sebelum kita.

Anda perlu baca , berfikir secara waras dan ambil pengajaran darinya. Ia mungkin boleh menggerakkan jiwa kita untuk lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Tiada perkara mudah dalam hidup. Semuanya memerlukan usaha dan pengorbanan untuk sedikit kejayaan.

Setiap pembeli ebook ini akan mendapat Software Terjemahan Al Quran.

Terima kasih kepada Saudara Naem kerana memberi peluang untuk saya mengulas ebook ini.

Terima kasih.

Internet Free

Bosan !

Setiap bulan kena bayar bil internet RM99. Kena beratur di Pejabat Pos. Lebih teruk lagi servis internetnya lembab. Streamyx dah jadi Snailmyx. :)

Kalaulah ada cara untuk dapatkan line internet free , mesti best. Tetapi ..... ada ke yang free ? Memang tidak ada yang free ! Nak kencing pon kena bayar. Bil Indah Water RM48 untuk 6 bulan. Tetapi ................

Anda tahu tak , di Wangcyber heboh pasal internet free . Semua ni gara-gara si Epi atau nama sebenarnya Mohamad Firdaus. Epi boleh beri anda internet free . Hebat budak ni kan .............!

Photobucket

Epi mendedahkan 3 cara untuk mendapatkan internet free untuk 100 orang. Beliau menggunakan 3 alatan mudah yang ada telah sedia ada. Komputer dengan bluetooth (gigibiru) , henfon yang support 3G dan sim card 3G. Epi juga memberi anda secara percuma satu software yang akan membantu anda mendapatkan internet free ini.

Apa yang paling best bagi saya, ebook ini menerangkan langkah demi langkah untuk melakukannya dalam bahasa yang mudah. Beliau menyediakan beberapa bonus untuk anda.

Secara peribadi , saya dapati langkah-langkah yang diterangkan amat mudah untuk dilakukan. 90peratus akan berjaya jika anda mempunyai kelengkapan yang diperlukan. Apa yang penting adalah anda dapat melayari internet secara percuma. Tidak perlu lagi membayar bil internet dan ia dijamin selamat oleh Epi. Peringatan : Pastikan kawasan anda mempunyai liputan 3G. Jika tidak , lupakan ........................

Sekian. Selamat melayari internet ....................... percuma.

Sabtu, 2 Mei 2009

Siti Safiyah Amirah Abd Rahman - Juara Masters Dunia Wanita 2009



Gambar dari thestar.com

Siapa insan yang bernama Siti Safiyah Amirah ini ? Bagi peminat bowling ia merupakan satu nama yang pernah mencipta kejutan di Malaysia dan kini membuat kejutan di peringkat dunia.

Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, 18 , merupakan antara pemain bowling kebangsaan termuda yang memenangi kejohanan Ranking Masters Dunia ke 9, bagi kategori wanita. Beliau mencipta kejayaan ini di Oltremare Bowling Arena, Naples ,Itali apabila menewaskan Tina Hulsch dari Jerman dengan mata 215-199 dan 175-166 pada pusingan akhir.

Kemenangan 2-0 pada pusingan akhir itu adalah sesuatu yang membanggakan apabila beliau muncul sebagai pemain bowling Malaysia dan Asia tunggal yang mara ke pusingan akhir kalah mati pada kejohanan itu.

Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman sememangnya mempunyai prestasi yang cemerlang apabila beliau pernah muncul sebagai juara bowling MSSM pada usia 14 tahun sewaktu menuntut di SMK USJ 13.

Siti Safiyah Amirah pernah muncul sebagai juara termuda Malaysian Open 2005 bagi kategori wanita. Ketika Sukan SEA di Thailand, beliau menarik diri dari skuad bowling negara kerana menduduki peperiksaan SPM. Beliau muncul semula di arena bowling, apabila menunjukkan prestasi cemerlang dalam kejohanan Antarabangsa Pesta Pulau Pinang dan All-Stars Junior International.

Pada 2007, beliau telah diserapkan ke skuad elit kebangsaan untuk bergabung dengan Esther Cheah, Shalin Zulkifli, Wendy Chai, Choy Poh Lai, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Sharon Koh.

Pencapaian Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman ini membuktikan bahawa Melayu Boleh mengharumkan nama Malaysia. Kehebatan perjuangan Siti Safiyah Amirah dalam bidang sukan adalah untuk menjulang nama Malaysia.

Tahniah dan syabas Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.

Sabtu, 25 April 2009

Tun Hussien bin Dato' Onn






Perdana Malaysia yang ketiga telah mentadbir negara ini dari 1976 sehingga 1981.Beliau digelar sebagai Bapa Perpaduan.Beliau ialah Tun Hussien bin Dato' Onn. Tun Hussien dilahirkan di Johor Bahru pada tarikh 12 Februari 1922.

Tun Hussien menerima pendidikan awal di Singapura, kemudiannya memasuki English College di Johor Bahru. Pada tahun 1940, beliau menyertai Johor Militiary Forces sebagai kadet. Setahun kemudian beliau dihantar ke India untuk menyertai Indian Military Academy di Dehradun. Semasa Perang Dunia ke 2, Tun Hussien telah diserapmasuk ke Pasukan Tentera India untuk bertugas di Timur Tengah sebaik sahaja selesai latihan ketenteraan.

Selepas perang, anak Dato' Onn ini telah dilantik oleh pihak British untuk bertugas di Rawalpindi sebagai jurulatih Malayan Police Recruiting and Training Centre.

Tun Hussien kembali ke tanahair pada tahun 1945 dan dilantik sebagai Komandan Johor Bahru Police Depot. Kemudian beliau menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Segamat dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di Klang dan Kuala Selangor.

Disebabkan semangat nasionalis yang kuat dalam dirinya, Tun Hussien meletakkan jawatan dalam Perkhidmatan Awam lalu menyertai politik. 1949 , Tun Hussien telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO yang pertama. UMNO merupakan parti politik Melayu yang diasaskan oleh bapa beliau.

Beliau Telah terpilih sebagai Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1950. Tun Hussien meninggalkan UMNO pada tahun 1951 untuk menyertai parti bapa, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Beliau telah pergi ke London untuk belajar ilmu undang-undang di Lincoln's Inn dan mendapat Barrister-at-Law.Tun Hussien telah kembali semula ke Malaya sebagai peguam bertauliah dan berkhidmat di Kuala Lumpur.

Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia Ke 2) telah memujuk Tun Hussien untuk menyertai UMNO. Beliau bersetuju menyertai UMNO dan kemudiannya bertanding dan menang dalam Pilihanraya Umum 1969 seterusnya dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Anak kelahiran Johor ini, kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, berikutan kematian Tun Dr. Ismail pada tahun 1973. Tiga tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia di London. Tarikhnya 15 Januari 1976.

Semasa memegang jawatan Perdana Menteri, Tun Hussien banyak menekankan soal perpaduan kaum dan keseimbangan ekonomi antara kaum. Ini membawa kepada penubuhan Rukun Tetangga dan pelancaran Skim Amanah Saham Nasional. Beliau percaya bahawa keseimbangan ekonomi dapat mempereratkan perpaduan yang membawa kepada keamanan negara.

Beliau juga menitikberatkan permodenan angakatan tentera. Tun Hussien juga memberi perhatian terhadap perjuangan menentang penyalahagunaan dadah.
Pada 17 Julai 1981 beliau telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan bersara dari politik atas sebab sebab kesihatan.Tun Hussein pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.

Tahun 1978,sewaktu krisis kepimpinan UMNO berlaku, Tun Hussein menyokong 'Team B' bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, Tun Hussein dan Tunku menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Dr. Mahathir.

Pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun, Tun Hussein menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan sakit jantung. Beliau mempunyai seorang isteri Toh Puan Suhaila , dua anak lelaki dan empat anak perempuan.

Beliau mempunyai semangat Melayu Boleh yang tinggi apabila menjadi antara anak Melayu yang terawal menjadi Peguam dan merupakan anggota tentera yang berjaya menjadi Perdana Menteri.

Blog Directory

Khamis, 16 April 2009

Dato' Onn Jaafar - Pengasas UMNO





Dato' Onn Jaafar dilahirkan pada 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru. Bapa beliau Dato' Jaafar Haji Muhammad (1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. sementara ibunya, Hanim Rogayah berasal dari Scarcia, Turkey. Dato Onn dihantar melanjutkan pelajaran ke England oleh Sultan Ibrahim , Sultan Johor ketika itu. Dato' Onn adalah pelajar terbaik dalam Pengajian Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Apabila pulang dari England beliau telah dihantar oleh bapanya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar untuk belajar Bahasa Melayu.

Dato Onn pernah menyandang banyak jawatan dan antaranya, beliau pernah menjadi editor Warta Ahad. Jawatan ini telah menyebabkan beliau mula berjinak-jinak dengan politik dan secara tidak langsung terlibat dalam perjuangan hak bangsa Melayu. Dato' Onn kemudiannya telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, Beliau telah menyumbang dua idea dan jasa yang penting kepada rakyat negeri Johor. Pertama, adalah penubuhan "Sultan Ibrahim Scholarship" dan kedua adalah pemberian tambang penerbangan percuma untuk menunaikan haji bagi kakitangan kerajaan beragama Islam yang berkhidmat untuk Kerjaan Negeri Johor.


Penubuhan Malayan Union oleh British pada tahun 1946, telah membangkitkan kemarahan orang Melayu. Malayan Union telah dilihat sebagai salah satu cara yang diguna oleh British untuk mengambilalih kuasa Sultan dan cubaan menghapuskan hak istimewa bangsa Melayu. Dato Onn kemudiannya telah menubuhkan Kongres Melayu Se Malaya untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union.

Kongress ini telah diadakan pada 1 Mac 1946 hingga 3 Mac 1946. Ia telah dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu. Antara persetujuan yang telah dicapai oleh Kongres tersebut ialah memulaukan Malayan Union dan berkabung selama tujuh hari dengan memakai songkok yang mempunyai jalur putih. Dato Onn telah memulakan langkah penyatuan Melayu dengan tertubuhnya UMNO pada 4 Mac 1946 untuk menentang Malayan Union. Beliau telah dilantik menjadi Presiden UMNO dan mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada semua bangsa bagi mengatasi masalah perkauman dalam politik. Cadangan ini telah dibantah oleh ahli UMNO. Dato Onn telah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO pada tahun 1951.

Selain daripada pengasas UmNO, Dato Onn juga merupakan pencetus idea kepada penubuhan RIDA (Rural Industrial Development Authorit) yuntuk membantu sosio-ekonomi Melayu. Pada 1955 beliau kalah dalam Pilihanraya Umum, namun terus menyumbang jasa sehingga membawa kepada kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya usia 67 tahun, 1962.

Artikel ini memaparkan Pejuang Melayu zaman kemerdekaan. Ini membuktikan Melayu Boleh memperjuangkan hak mereka sendiri.

Selasa, 31 Mac 2009

Melayu boleh le ......SEO

Melayu Boleh ? Melayu boleh ke ? Melayu boleh le..............

MELAYU BOLEH
Copy dan Paste Code di bawah ke dalam blog anda.



Blog ini adalah antara puluhan blog yang menggunakan kata kunci Melayu Boleh.