Memaparkan catatan dengan label melayu boleh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melayu boleh. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Mei 2009

Siti Safiyah Amirah Abd Rahman - Juara Masters Dunia Wanita 2009



Gambar dari thestar.com

Siapa insan yang bernama Siti Safiyah Amirah ini ? Bagi peminat bowling ia merupakan satu nama yang pernah mencipta kejutan di Malaysia dan kini membuat kejutan di peringkat dunia.

Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, 18 , merupakan antara pemain bowling kebangsaan termuda yang memenangi kejohanan Ranking Masters Dunia ke 9, bagi kategori wanita. Beliau mencipta kejayaan ini di Oltremare Bowling Arena, Naples ,Itali apabila menewaskan Tina Hulsch dari Jerman dengan mata 215-199 dan 175-166 pada pusingan akhir.

Kemenangan 2-0 pada pusingan akhir itu adalah sesuatu yang membanggakan apabila beliau muncul sebagai pemain bowling Malaysia dan Asia tunggal yang mara ke pusingan akhir kalah mati pada kejohanan itu.

Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman sememangnya mempunyai prestasi yang cemerlang apabila beliau pernah muncul sebagai juara bowling MSSM pada usia 14 tahun sewaktu menuntut di SMK USJ 13.

Siti Safiyah Amirah pernah muncul sebagai juara termuda Malaysian Open 2005 bagi kategori wanita. Ketika Sukan SEA di Thailand, beliau menarik diri dari skuad bowling negara kerana menduduki peperiksaan SPM. Beliau muncul semula di arena bowling, apabila menunjukkan prestasi cemerlang dalam kejohanan Antarabangsa Pesta Pulau Pinang dan All-Stars Junior International.

Pada 2007, beliau telah diserapkan ke skuad elit kebangsaan untuk bergabung dengan Esther Cheah, Shalin Zulkifli, Wendy Chai, Choy Poh Lai, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Sharon Koh.

Pencapaian Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman ini membuktikan bahawa Melayu Boleh mengharumkan nama Malaysia. Kehebatan perjuangan Siti Safiyah Amirah dalam bidang sukan adalah untuk menjulang nama Malaysia.

Tahniah dan syabas Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.

Sabtu, 25 April 2009

Tun Hussien bin Dato' Onn






Perdana Malaysia yang ketiga telah mentadbir negara ini dari 1976 sehingga 1981.Beliau digelar sebagai Bapa Perpaduan.Beliau ialah Tun Hussien bin Dato' Onn. Tun Hussien dilahirkan di Johor Bahru pada tarikh 12 Februari 1922.

Tun Hussien menerima pendidikan awal di Singapura, kemudiannya memasuki English College di Johor Bahru. Pada tahun 1940, beliau menyertai Johor Militiary Forces sebagai kadet. Setahun kemudian beliau dihantar ke India untuk menyertai Indian Military Academy di Dehradun. Semasa Perang Dunia ke 2, Tun Hussien telah diserapmasuk ke Pasukan Tentera India untuk bertugas di Timur Tengah sebaik sahaja selesai latihan ketenteraan.

Selepas perang, anak Dato' Onn ini telah dilantik oleh pihak British untuk bertugas di Rawalpindi sebagai jurulatih Malayan Police Recruiting and Training Centre.

Tun Hussien kembali ke tanahair pada tahun 1945 dan dilantik sebagai Komandan Johor Bahru Police Depot. Kemudian beliau menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Segamat dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di Klang dan Kuala Selangor.

Disebabkan semangat nasionalis yang kuat dalam dirinya, Tun Hussien meletakkan jawatan dalam Perkhidmatan Awam lalu menyertai politik. 1949 , Tun Hussien telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO yang pertama. UMNO merupakan parti politik Melayu yang diasaskan oleh bapa beliau.

Beliau Telah terpilih sebagai Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1950. Tun Hussien meninggalkan UMNO pada tahun 1951 untuk menyertai parti bapa, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Beliau telah pergi ke London untuk belajar ilmu undang-undang di Lincoln's Inn dan mendapat Barrister-at-Law.Tun Hussien telah kembali semula ke Malaya sebagai peguam bertauliah dan berkhidmat di Kuala Lumpur.

Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia Ke 2) telah memujuk Tun Hussien untuk menyertai UMNO. Beliau bersetuju menyertai UMNO dan kemudiannya bertanding dan menang dalam Pilihanraya Umum 1969 seterusnya dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Anak kelahiran Johor ini, kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, berikutan kematian Tun Dr. Ismail pada tahun 1973. Tiga tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia di London. Tarikhnya 15 Januari 1976.

Semasa memegang jawatan Perdana Menteri, Tun Hussien banyak menekankan soal perpaduan kaum dan keseimbangan ekonomi antara kaum. Ini membawa kepada penubuhan Rukun Tetangga dan pelancaran Skim Amanah Saham Nasional. Beliau percaya bahawa keseimbangan ekonomi dapat mempereratkan perpaduan yang membawa kepada keamanan negara.

Beliau juga menitikberatkan permodenan angakatan tentera. Tun Hussien juga memberi perhatian terhadap perjuangan menentang penyalahagunaan dadah.
Pada 17 Julai 1981 beliau telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan bersara dari politik atas sebab sebab kesihatan.Tun Hussein pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.

Tahun 1978,sewaktu krisis kepimpinan UMNO berlaku, Tun Hussein menyokong 'Team B' bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, Tun Hussein dan Tunku menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Dr. Mahathir.

Pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun, Tun Hussein menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan sakit jantung. Beliau mempunyai seorang isteri Toh Puan Suhaila , dua anak lelaki dan empat anak perempuan.

Beliau mempunyai semangat Melayu Boleh yang tinggi apabila menjadi antara anak Melayu yang terawal menjadi Peguam dan merupakan anggota tentera yang berjaya menjadi Perdana Menteri.

Blog Directory

Selasa, 31 Mac 2009

Melayu boleh le ......SEO

Melayu Boleh ? Melayu boleh ke ? Melayu boleh le..............

MELAYU BOLEH
Copy dan Paste Code di bawah ke dalam blog anda.



Blog ini adalah antara puluhan blog yang menggunakan kata kunci Melayu Boleh.